1. Letakkan sasaran bahan yang hendak dibaca. (Tajuk, muka surat)
2. Baca ‘laju’ untuk mengetahui sepintas lalu kandungan bahan yang hendak dibaca
3. Baca kali kedua dengan pembacaan teliti sambil “highlight” perkataan-perkataan-perkataan penting atau kata kunci.
4. Ulang ‘baca laju’ sambil menumpukan kepada kata kunci yang telah di highlight.
5. Cuba senaraikan kembali kata kunci yang telah di highlight keatas sekeping kertas
6. Olah kembali kata kunci tersebut dengan gaya bahasa sendiri yang anda faham hasil pembacaan tadi
7. Bandingkan huraian anda berdasarkan pemahaman anda tadi dengan kandungan teks asal
8. Ulang langkah diatas sehingga anda benar-benar berpuas hati dengan kefahaman yang anda perolehi hasil pembacaan itu.

Perhatian:

1. Jangan pentingkan kuantiti pembacaan tetapi kualiti.
2. Jangan terlalu gelojoh dalam membaca. Pastikan anda benar-benar faham sebelum pindah ke muka surat atau bahan bacaan seterusnya.
3. Untuk subjek matematik, Prinsip Akaun, Kimia, Fizik dan subjek yang memerlukan pengiraan, elakkan dari sekadar membaca. Banyakkan latih tubi (Latihan pengiraan). Anda tidak akan faham hanya sekadar membaca.