::demi masa::

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar

Thursday, February 4, 2010

RODA WARNA


Roda warna yang pertama dicipta oleh Sir Isaac Newton. Beliau menyusun ketujuh-tujuh warna spectrum di dalam sebuah bulatan. Pada awal kurun ke-18, seorang rakyat perancis telah menemukan warna-warna utama yang dikenali sebagai Teori Merah, Kuning dan Biru. Pada tahun 1777, seorang pengukir Inggeris mengemukakan sistem roda warna yang mengandungi tiga bahagian iaitu



A-Warna Asas (primer)

B-Warna Kedua (sekunder)

C-Warna Ketiga (tertier)

Pada asalnya roda warna ini terdiri daripada 18 hue. Tetapi telah diubahsuai oleh pelukis seterusnya dan akhirnya roda warna mengandungi 12 heu Roda warna yang digunakan oleh pelajar sekarang diubah suai dari sistem warna Munsel.

Kita berupaya menghasilkan berpuluh-puluh jenis warna dengan hanya berdasarkan kepada tiga jenis warna utama iaitu warna merah, biru dan kuning. Roda warna yang mengandungi 12 warna itu sebagai panduan yang menunjukkan bagaimana campuran warna dilakukan peringkat demi peringkat daripada warna asas kepada campuran warna sekunder dan seterusnya warna tertier. Sebenarnya sistem ini boleh dikembangkan dengan labih meluas lagi


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket