Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
syarak Solat Jamak
1. JAMAK TAQDIM – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor. SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib). 2. Berturut-turut kedua-dua solat. 3. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM 1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’) 2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua. 3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala. أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala. Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala. أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar. SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR 1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib). 2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan. Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR 1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib) 2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama. 3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan solat Zohor kepadanya Jamak Ta'hir kerana Allah Taala. أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan kepada Asar Jamak Ta’hir kerana Allah Taala. Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى Sahaja Aku solat fardhu Isya' 4 rakaat dihimpunkan solat Maghrib kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala. أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada Isya' Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
|
0 comments:
Post a Comment